Muzik video Takhta Dunia

Muzik video rasmi untuk "Takhta Dunia" dikeluarkan di saluran YouTube rasmi Universal Music Malaysia pada hari pelancaran rasmi single itu, iaitu pada 8 Januari 2021.[2][6]

Video muzik digarap istimewa dengan elemen minimalis teater muzikal. Berlatarkan era 1970-an di sebuah stesen keretapi yang dinamakan Lipis Sentral,[7] lokasi penggambaran video muzik berkenaan diadakan di ruang pameran luar Muzium Sultan Alam Shah yang menempatkan kepala dan gerabak keretapi lama.[2] Hasil perbincangan dengan Rasa Film, Siti juga tampil menggayakan imej wanita era 1970-an bagi memberikan kelainan dalam setiap video muzik yang pernah dihasilkan. Siti turut menggunakan khidmat pereka Rizman Ruzaini dan jurusolek Ahmad Dhani bagi imej tersebut.[2][8][9]

Rujukan

WikiPedia: Takhta Dunia http://www.7klik.com/2021/01/siti-bawa-nostalgia-e... https://music.apple.com/my/album/manifestasiti2020... https://www.astroawani.com/berita-hiburan/siti-nur... https://www.malaysiakini.com/hiburan/533177 https://open.spotify.com/album/5iQRgamyWPUpuhQG98X... https://www.youtube.com/watch?v=q1ApjxCWDdk https://bebasnews.my/?p=51570 https://origin.bharian.com.my/hiburan/selebriti/20... https://api.hmetro.com.my/rap/2021/01/662170/harap... https://www.kosmo.com.my/2021/01/08/imej-1970-an-s...